Demo Blog

36 penuntut UTHM sertai Kufast

by Emy on Nov.22, 2009, under



JOHOR BAHRU 22 Jun - Seramai 36 penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengikuti Kursus Fasilitator (Kufast) di Tiram Indah Village Resort, Ulu Tiram dekat sini baru-baru ini.
Penolong Pendaftar Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Ahmad Khirul Nizam Ali, 31, berkata, kursus dua hari itu bertujuan untuk menyatukan peserta di samping membantu mereka mempelajari pelbagai kemahiran baru dan sifat kepimpinan.
"Peserta terdiri daripada penuntut Tahun 1 dan 2. Kursus ini merupakan salah satu platform untuk mahasiswa berorganisasi, mengasah bakat kepimpinan, mengajar dan mengenali potensi diri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Kursus anjuran Unit Latihan dan Kepimpinan Mahasiswa, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar itu juga untuk mempertingkatkan kemahiran insaniah.
"Dengan mengikuti kursus ini para penuntut berkenaan akan dapat memahami tentang betapa pentingnya kemahiran fasilitator dalam membimbing mereka yang memerlukan," katanya.
Program itu juga dapat membentuk keyakinan diri, komunikasi berkesan, mempamerkan keterampilan diri dan beretika, katanya.
Ia juga mampu memperluas dan mengharumkan nama UTHM kerana mereka akan menjadi produk universiti yang berkemahiran tinggi.
Seorang fasilitator, Mazibah Mohd. Zain, 44, berkata, kaedah pembelajaran berkonsepkan Experimental Learning digunakan sepanjang kursus berkenaan.
Menurutnya, ia adalah kaedah pembelajaran yang efektif dan terkini yang menggabungkan teknik syarahan, simulasi, latihan berkumpulan, diskusi dan gerak kerja.
"Penekanan diberikan dari aspek pembangunan diri dan pemantapan kendiri, pengertian fasilitator, kecerdasan emosi, kemahiran berkomunikasi dan sebagainya," katanya.
Selain itu, para peserta juga diminta membentangkan kertas kerja hasil perbincangan antara ahli kumpulan pada akhir program yang secara tidak langsung dapat membina keyakinan diri untuk membuat pengucapan awam di khalayak ramai.sumber-http://www.utusan.com.my
0 comments more...

0 comments

$ila +inGgalkan liNk U @Ll ok3y.. (^^,) Do Follow Me +Oo aNd I'll f0Ll0w U Back..

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

b3$+ $0nG...i liK3!!

Pelawat