Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts
MEMBURU HARI YANG BERMAKNA SETIAP UMAT MANUSIA...INDAH NYA APA ANG KITA PEROLEHI...... MALAM LAILATUL-QADAR !!
by Emy on Nov.22, 2009, under islam
Malam
Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam
yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh
Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi
semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah
Al-Qadr 97: Ayat 3.
|
|
Maksudnya:
|
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam " |
Ertinya
menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih
baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar
seperti sabda Nabi s.a.w.:
|
|
Maksudnya:
|
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta |
| mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada | |
| dosa-dosa yang telah lalu " | |
Diriwayatkan
daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba
10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya
dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya.
Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
|
|
Maksudnya:
|
" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh |
| akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. " | |
| Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda: | |
Maksudnya:
|
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan |
| dalam malam ganjil. " | |
|
Pendapat
yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena
pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi
Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam
Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula
terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami
(malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha
mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:
|
|
Maksudnya:
|
" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar |
| iaitu malam ke-27. " | |
Riwayat
ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah
Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu
terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
|
|
|
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
|
|
Maksudnya:
|
" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam |
| yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. " | |
| Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati | |
| malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa: | |
Maksudnya:
|
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah |
| keampunan-Mu untukku. " | |
FIQH & Perundangan Islam Jilid II
Wahbah al-Zuhaili
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lebih 500 Jemaah Berbuka Puasa Di Masjid Jamek UTHM Setiap Hari
by Emy on Nov.22, 2009, under islam
Sempena Bulan Ramadan yang
penuh keberkatan ini, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
meneruskan tradisi meraikan para pelajar serta kakitangannya dengan
menyediakan juadah berbuka puasa di Masjid Jamek UTHM setiap hari di
sepanjang bulan Ramadan ini.
Perkara ini telah menjadi
amalan Universiti sejak beberapa tahun yang lalu dan pada tahun ini
dijangkakan lebih 500 warga Universiti khususnya pelajar UTHM akan
berbuka puasa di Masjid Jamek UTHM setiap hari. Sebahagian daripada
pelajar yang berbuka puasa di masjid jamek UTHM adalah pelajar
antarabangsa yang datang dari pelbagai negara antaranya ialah Indonesia,
Yemen, Libya, Somalia, Palestin, Bangladesh, Brunei, Cambodia, Chad,
Egypt, Iraq, Nigeria, Pakistan, Sudan, Thailand dan Turki. Pada masa ini
UTHM mempunyai seramai 276 orang pelajar antarabangsa. Di samping itu,
pihak Masjid Jamek UTHM juga akan mula mengagihkan secara percuma bubur
lambuk kepada warga Universiti pada setiap hari Rabu.
Perbelanjaan keseluruhan
untuk juadah berbuka puasa ini adalah hasil sumbangan kakitangan UTHM
dan orang ramai. Sehubungan itu, kepada mana-mana pihak yang ingin
menghulurkan sumbangan sila berhubung terus ke Pejabat Pusat Islam UTHM
melalui talian 07-453 7498 begin_of_the_skype_highlighting 07-453 7498 end_of_the_skype_highlighting / 453 7649. -SUMBER UTHM WEBSITE
Fadhilat Solat Terawih Malam 1 hingga 30
by Emy on Nov.22, 2009, under islam
Diriwayatkan
oleh Saiyidina Ali (R.A.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan
dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan)
sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah SWT.
Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah SWT mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 - Allah SWT kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah SWT kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah SWT mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah SWT kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah SWT tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 - Allah SWT tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 - Allah SWT kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat : "Hai hamba Allah sesungguhnya Allah SWT telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati".
Malam 19 - Allah SWT tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 - Allah SWT binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Masyar).
Malam 23 - Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 - Allah SWT buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 - Allah SWT angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 - Allah SWT kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah SWT kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah SWT memberi penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

Sumber: Saifulislam
$ila +inGgalkan liNk U @Ll ok3y.. (^^,) Do Follow Me +Oo aNd I'll f0Ll0w U Back..
Warkah untuk Pelawat
"Semoga segala lembaran tintaku menjadi memory buat kamu...."
Nak beli ke??
viSitOr mY bLoG
ShoutMix chat widget
Blog Archive
-
▼
2012
(25)
-
▼
August
(20)
- Jamuan Klas Sek 7 & 8 tahun 4 2012
- isTeri Ku...
- Bersama En . Moktar di Makmal Rapid
- Project Advance Machining Tahun 4
- kEK UNTUK aYAH pada 29 Jun 2012
- Allah First
- Maklumat Untuk Semua....
- Cik Mirul iskandar nie status as of 4 August 12...
- Klu kita ada keta , jgn wat mcm nie eak...!!
- Jom amalkan 7 sunnah Rasullallah
- Ungkapan Bijaksana!!...
- Penyerbab knp rexeki kita susah nk masuk !!!
- Wanita
- Jom Solat Dhuha..... Telah terbukti !!
- Reakreasi di Ayer Keroh, Zoo....Mlk
- Akan Di Buka kedai kad kahwin -Cawangan Masjid Tan...
- No title
- Latihan Industri Registering di Site Kolej Risda ,...
- Makan2 Bersama Budak Rumah Last Sem -Ikan Bakar Sg...
- Setelah selesai di UTHM...
-
▼
August
(20)
tRafFiC
Blog related Mine!!
-
-
Agen To up diperlukan - Dewasa ini, telefon dan topup menjadi keperluan kepada setiap penduduk, bukan lagi kehendak. Di iLHAMTOPUP, kami menawarkan harga termurah di Malaysia, b...16 years ago
-
KOREA Beauty Detox Foot Patch- RM 2.00 pc`s - (Ms.Sara) 0132209944 - *Human's body will send the toxins far away from you heart. That means the toxins are stored in the lower part of the body or the feet. The herbs and o...16 years ago
-
-
Reliable One Stop Printing Provider in Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Order lebih discount tinggi.
http://1srprinting.blogspot.com
Order lebih discount tinggi.
http://1srprinting.blogspot.com
Labels
- bercinta (1)
- biz (1)
- escaped 2012 - kuala lipis pahang (1)
- EVIL (1)
- explore china (1)
- islam (3)
- Kursus (1)
- program (8)
- ragam2 (4)
- RAYA (2)
- taman melaka perdana (1)
- taman negara (1)
- To-up (1)
- UTHM (1)
- villa angerik (1)