Demo Blog

Majlis Berbuka Puasa Erat Hubungan Pegawai UTHM dan Pelajar

by Emy on Nov.22, 2009, under

Sempena Bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Kolej-kolej Kediaman, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bekerjasama bagi menganjurkan Majlis Berbuka Puasa 2010 Bersama Pelajar UTHM.

Majlis ini diadakan secara berperingkat mengikut kolej-kolej kediaman. Kolej-kolej kediaman yang terlibat ialah Kolej Kediaman Tun Fatimah, Tun Dr Ismail, Tun Syed Nasir dan Taman Universiti, Perwira, Penghuni Pelajar Tanpa Asrama dan Taman Kelisa serta Kolej Kediaman Melewar. Kira-kira 1000 orang pelajar yang terlibat di dalam setiap majlis berbuka puasa tersebut. Majlis diadakan di lobi kolej kediaman terbabit dan Dewan Terbuka UTHM. Setiap majlis berbuka puasa yang diadakan turut dihadiri oleh Naib Canselor UTHM, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dan Pegawai-Pegawai Kanan Universiti. Naib Canselor turut meluangkan masanya untuk beramah mesra dengan para pelajar dan menyampaikan ucapan ringkas.

Sementara itu, sempena majlis berbuka tersebut sebanyak 6000 pek kurma disediakan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar untuk diagihkan secara percuma kepada setiap pelajar.

~sumber~ http://www.uthm.edu.my

Dikeluarkan oleh:

Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
 
0 comments more...

0 comments

$ila +inGgalkan liNk U @Ll ok3y.. (^^,) Do Follow Me +Oo aNd I'll f0Ll0w U Back..

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

b3$+ $0nG...i liK3!!

Pelawat

Recent Visitors