Demo Blog

Lebih 500 Jemaah Berbuka Puasa Di Masjid Jamek UTHM Setiap Hari

by Emy on Nov.22, 2009, under

Sempena Bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) meneruskan tradisi meraikan para pelajar serta kakitangannya dengan menyediakan juadah berbuka puasa di Masjid Jamek UTHM setiap hari di sepanjang bulan Ramadan ini.
Perkara ini telah menjadi amalan Universiti sejak beberapa tahun yang lalu dan pada tahun ini dijangkakan lebih 500 warga Universiti khususnya pelajar UTHM akan berbuka puasa di Masjid Jamek UTHM setiap hari. Sebahagian daripada pelajar yang berbuka puasa di masjid jamek UTHM adalah pelajar antarabangsa yang datang dari pelbagai negara antaranya ialah Indonesia, Yemen, Libya, Somalia, Palestin, Bangladesh, Brunei, Cambodia, Chad, Egypt, Iraq, Nigeria, Pakistan, Sudan, Thailand dan Turki. Pada masa ini UTHM mempunyai seramai 276 orang pelajar antarabangsa. Di samping itu, pihak Masjid Jamek UTHM juga akan mula mengagihkan secara percuma bubur lambuk kepada warga Universiti pada setiap hari Rabu.
Perbelanjaan keseluruhan untuk juadah berbuka puasa ini adalah hasil sumbangan kakitangan UTHM dan orang ramai. Sehubungan itu, kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan sila berhubung terus ke Pejabat Pusat Islam UTHM melalui talian 07-453 7498 begin_of_the_skype_highlighting              07-453 7498      end_of_the_skype_highlighting / 453 7649.  -SUMBER UTHM WEBSITE
 
0 comments more...

0 comments

$ila +inGgalkan liNk U @Ll ok3y.. (^^,) Do Follow Me +Oo aNd I'll f0Ll0w U Back..

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

b3$+ $0nG...i liK3!!

Pelawat

Recent Visitors